Penerangan terperinci mengenai 5S

Logo 5s

* Bentuk Heksagon : Mempunyai 6 sisi, 5 daripada sisinya adalah merupakan ciri-ciri 5S yang hendak   dijalankan dan satu sisi daripadanya adalah mewakili MSWP iaitu organisasi yang melaksanakan sistem 5S ini di dalam pengurusan kualiti organisasi ke arah mencapai prestasi yang cemerlang.

* Anak Panah : Menunjukkan proses 5S yang berkisar dan berkait rapat antara satu sama lain. 5 bintang di dalam setiap anak panah menunjukkan matlamat MSWP untuk mendapatkan persijilan daripada MPC berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

* 5S : Kaedah / alat pengurusan yang akan diamalkan. Latar belakang hitam menunjukkan pada asalnya, semua warga MSWP tidak mengetahui apa itu 5S dan warna putih yang digunakan adalah menunjukkan pengetahuan yang luas berkaitan dengan 5S.

* ~MSWP~ : Bermakna Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, warna putih menunjukkan ketekunan warga MSWP dalam menjayakan 5S.

* Tulisan kuning yang digunakan adalah menunjukkan perpaduan serta kerjasama erat dalam  melaksanakan ciri-ciri 5S dan merealisasikan slogan 5S. Latar belakang merah menunjukkan semangat waja warga MSWP dalam menjayakan 5S.

Objektif 5S

Objektif 5S yang ingin dicapai Jabatan ialah :-

1. Mewujudkan persekitaran kerja yang  bersih, selesa,  sistematik dan kondusif.

2. Meningkatkan kualiti  kerja dan penyampaian perkhidmatan yang memenuhi kepuasan pelanggan.

3. Melahirkan warga MSWP  yang berdisiplin dan sentiasa bermotivasi.

4. Memaksimumkan sumber tenaga manusia secara efisyen dan menjimatkan kos belanja mengurus.

5. Meningkat  moral dan menanam nilai kerja berpasukan yang berterusan.
 

Polisi 5S

MSWP beriltizam untuk sentiasa mengamalkan prinsip 5S dalam mewujudkan suasana kerja yang kondusif ke arah meningkatkan prestasi dan kualiti dalam penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.
 

Slogan 5S

"KONDUSIF . CERIA . KREATIF"

KONDUSIF: Bermaksud  suasana yang aman

CERIA: Bermaksud bersih dan cantik (indah)

KREATIF: Bermaksud kebolehan mencipta, menghasilkan, dan  mengembangkan sesuatu idea baru dan asli dalam menjayakan 5S.