Kuiz

1/2010

MINGGU PERTAMA

1.MSWP telah memulakan langkah bagi perlaksanaan Amalan 5S sejak tahun 2009. Nyatakan tarikh Hari Pelancaran Amalan 5S di MSWP KL dan bilakah tarikh Gotong-royong Perdana kali Pertama diadakan ?

2.Senaraikan organisasi dalam JK Pelaksanaan Amalan 5S MSWP KL dan siapakah Pengerusi dan ahli-ahli dalam JK Pemandu Amalan 5S MSWP KL ?

3.Amalan 5S adalah merujuk kepada persekitaran kerja yang berkualiti dan menentukan kepatuhan kepada standard atau sistem. Maksud 5S adalah merujuk kepada 5 perkataan Jepun. Senaraikan 5 perkataan tersebut beserta maksudnya dalam Bahasa Malaysia.

4.Seiri bermaksud mengasingkan dan membuang benda-benda yang tidak diperlukan di tempat kerja. Benda pula boleh dikategorikan sebagai perlu dan tidak perlu. Apakah ciri-ciri bagi benda yang perlu dan benda yang tidak perlu.

5.Apakah pandangan anda berkenaan dengan Perlaksanaan Amalan 5S di MSWP sepanjang tahun 2009 hingga kini ? (sekurang-kurangnya 50 patah perkataan).

•Sila emailkan jawapan anda kepada wazeera@esyariah.gov.my / ira@esyariah.gov.my sebelum atau pada hari Khamis 6hb Mei 2010.

MINGGU KEDUA

1. Dalam melaksanakan Amalan 5S di MSWP KL, telah dibahagikan 10 zon yang diketuai oleh Ketua Zon. Senaraikan zon-zon tersebut berserta nama Ketua Zon (terkini).
 
2. Bilakan diadakan Audit dari MPC yang melayakkan MSWP KL disyorkan untuk Pensijilan Amalan 5S dan namakan juru audit tersebut.

3. Seiton ialah proses bagi menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula di tempatnya. Senaraikan 3 aktiviti Seiton yang telah anda lakukan dalam mengamalkan 5S.

4. Seiso bermaksud mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di lantai, mesin dan peralatan. Gerak kerja Seiso menjadikan tempat kerja lebih bersih, kondusif dan kemas dengan dilakukan secara berkala dan juga harian. Apakah aktiviti Seiso yang boleh dilakukan secara berkala dan secara harian (kerap)? Senaraikan.

5. Apakah cadangan anda dalam usaha memantapkan aktiviti Promosi di MSWP KL? (sekurang-kurangnya dua cadangan)

     •Sila emailkan jawapan anda kepada wazeera@esyariah.gov.my / ira@esyariah.gov.my sebelum atau pada hari Khamis 13hb Mei 2010. Terbuka kepada semua Warga MSWP KL sahaja.

    MINGGU KETIGA

    1. Apakah Polisi Amalan 5S MSWP ?

    2. Dalam usaha penambahbaikan Amalan 5S, warna tema bagi kawasan umum diperkenalkan dengan mengikut aras. Sebutkan warna tema tersebut :-
    (i) Aras 3 (Zon Faraid dan Zon Mal) : __________________
    (ii) Aras 2 (Zon Prosiding dan Zon Iqrar ) : ______________
    (iii) Aras 1 (Zon Yamin dan Zon Syahadah) : ______________
    (iv) Aras Bawah (Zon Sulh dan Zon Hukum) : __________________

    3. Seiketsu bermaksud seragam dan memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa serta mengamalkan sistem Seiri-Seiton-Seiso dengan berkesan. Seiketsu juga membawa erti bahawa setiap pekerja perlu memelihara standard penjagaan kebersihan dan pengelolaan tempat kerja. Pada pandangan anda, apakah kaedah terbaik dalam melaksanakan Seiketsu sebagai suatu standard.

    4. Shitsuke ialah berdisiplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan berbudaya kualiti di tempat kerja. Apa pandangan anda, apakah faktor yang menjadikan anda dan pekerja akan sentiasa mengamalkan Shitsuke di tempat kerja?

    5. Berikan 3 kebaikan Amalan 5S yang anda peroleh sepanjang melaksanakan dan membudayakan Amalan 5S.

    Sila emailkan jawapan anda kepada wazeera@esyariah.gov.my / ira@esyariah.gov.my sebelum atau pada hari Khamis 20hb Mei 2010. Terbuka kepada semua Warga MSWP KL sahaja.

    MINGGU KEEMPAT

    1. Setiap zon perlu mewujudkan Sudut 5S zon masing-masing. Nyatakan 5 maklumat asas yang perlu ada di Sudut 5S?

    2. Work Station atau ruang kerja merupakan tempat yang paling kerap digunakan oleh setiap kakitangan. Berikan 7 ciri-ciri work station yang baik dan perlu ada di setiap work station.

    3. Ahmad merupakan pegawai di Jabatan A dan waktu kerja Ahmad adalah mengikut WP 3. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Ahmad pada jam 5.15 petang? Tentukan aktiviti-aktiviti tersebut.

    4. Pembudayaan Amalan 5S secara total dapat membantu pekerja memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan. Selain daripada penganugerahan Zon Terbaik, pengiktirafan bagi kategori Zon Contoh juga dilihat sebagai langkah positif dalam usaha membudayakan Amalan 5S. Pada pandangan anda, apakah kriteria sesebuah ZON CONTOH AMALAN 5S? Berikan 4 daripadanya.

    5. Berikan idea atau cadangan anda bagi penambahbaikan terhadap sistem penyimpanan fail kes bagi memudahkan pengesanan fail.

    Sila emailkan jawapan anda kepada wazeera@esyariah.gov.my / ira@esyariah.gov.my sebelum atau pada hari Khamis 27hb Mei 2010. Terbuka kepada semua Warga MSWP KL sahaja.

    2/2010
     
    MINGGU PERTAMA 


    1. Terdapat 10 zon 5s di mswpkl, apakah yang dimaksudkan dengan "bayyinah"?

    2. Seorang pekerja pembersihan pejabat sedang telah melaksanakan kerja-kerja pembuangan sampah dan mengemop lantai. Sila terjemahkan kerje-kerja yang dibuat oleh pekerja tersebut dari sudut 5s.

    3. Bagaimana mempertahankan pelaksanaan amalan 5s.

    4. Seiri bermaksud mengasingkan atau membuang benda yang tidak diperlukan di tempat kerja. Baerikan 5 contoh benda yang tidak diperlukan di tempat kerja anda.

    5. Merujuk kepada 5 standard 5s yang digunapakai di mswp, sila kemukakan pandangan anda dalam 50 patah perkataan terhadap standard manakah yang paling sukar untuk dipatuhi oleh seseorang pekerja?

    •Sila emailkan jawapan anda kepada wazeera@esyariah.gov.my / mohdridzuan@esyariah.gov.my sebelum atau pada hari Jumaat 5hb November 2010. Terbuka kepada semua Warga MSWP KL sahaja.
     

    MINGGU KEDUA 

    1. Apakah konsep 5S ?
     
    2. Zaid seorang pekerja di Kaunter Pendaftaran. Beliau telah membuang kertas terpakai di suatu sudut tersorok di ruang kaunter pendaftaran. Perkara ini adalah bertentangan dengan Konsep 5S disudut ? 

    3. Merujuk kepada senarai anggota Ahli Jawatankuasa Pemandu 5S sebelum ini, terdapat dikalangan anggota tersebut telah berpindah dari mswpkl. Sila kemukakan ahli senarai ahli terkini yang menganggotai jawatankuasa pemandu 5S. 

    4. Apakah hasil yang dijangka dari Program 5S?

    5. Apakah yang anda faham dengan konsep "Sentiasa Amal" dalam 5S? (50 patah perkataan).

    •Sila emailkan jawapan anda kepada wazeera@esyariah.gov.my / mohdridzuan@esyariah.gov.my sebelum atau pada hari Jumaat 12hb November 2010. Terbuka kepada semua Warga MSWP KL sahaja.
     

    MINGGU KETIGA 

    1. "Setiap pekerja perlu memelihara standard penjagaan kebersihan" apakah perkataan 5S yang dimaksudkan?

    2. "Tempat kerja lebih bersih, kondusif dan kemas" merujuk kepada pernyataan tersebut, perkataan 5s yang manakah dimaksudkan?

    3. Dalam usaha Unit Promosi MSWPKL menjalankan tugas-tugas berkaitan promosi 5S, sila sebutkan 4 usaha / langkah-langkah yang telah dijalankan oleh unit tersebut.

    4. Sebelum Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mendapat anugerah persijilan 5S,apakah (kemukakan 4 perkara) langkah-langkah yang telah diambil dan dilaksanakan dalam proses pewujudan dan perlaksanaan 5S?

    5. Bagaimana menjayakan 5s ?
    •Sila emailkan jawapan anda kepada wazeera@esyariah.gov.my / mohdridzuan@esyariah.gov.my sebelum atau pada hari Jumaat 19hb November 2010. Terbuka kepada semua Warga MSWP KL sahaja.