Aktiviti 2011


Lawatan 5S ke Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (14/4/2011)

Oleh: Syazana Syahida bt Muktar
Putrajaya, 14 April 2011 - Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan telah mengadakan lawatan 5S ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Wisma Sumber Asli, di Putrajaya. Lawatan ini telah disertai seramai 30 orang pegawai dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang diketuai oleh Yang Amat Arif Datuk Mohamad Bin Hj. Abdullah. Kami telah di dedahkan dengan tayangan montaj 5S dari segi perlaksanaan, pengauditan dan penyelarasan 5S di NRE.
         
Kami telah dibawa melawat ke Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat di kementerian tersebut. Pelaksanaan 5S mereka lebih menekankan kepada kebersihan dan kekemasan kerana ia dapat membentuk budaya kerja yang lebih baik dan teratur. Kami juga di bawa untuk melihat sistem pengurusan stor yang amat kreatif yang menggunakan sistem secara online. Sistem tersebut dikenali sebagai Sistem Peralihan Aset di mana sistem ini memudahkan proses susunan aset agar lebih teratur.
         
Harapan Ketua Hakim Syarie adalah agar kakitangan Mahkamah dapat mengaplikasikan sistem amalan 5S yang dilakukan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi membentuk kerja lebih baik dan teratur di mahkamah.
          





Majlis Anugerah 5S Tahun 2010 (11/3/2011)
 
Oleh: Nurul Wazeera Binti Ahmad Dahalan
 
Kuala Lumpur, 11 Mac 2011 - Jawatankuasa Promosi Amalan 5S Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Majlis Anugerah 5S bagi tahun 2010, iaitu pengumuman dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Oktober hingga Disember, 2010 yang lalu. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah Kuiz Amalan 5S 2/2010, Pertandingan Work Station 2/2010, Pertandingan Zon Terbaik 3/2010 dan Pertandingan Sistem Fail, Fail Zon dan Sudut 5S tahun 2010.

Majlis Anugerah 5S ini diadakan semasa Majlis Tazkirah Mingguan MSWP dengan dihadiri oleh Y.A.A. Datuk Hj. Mohamad bin Hj. Abdullah, Ketua Hakim Syarie, MSWP, Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pegawai-pegawai Kanan dan seluruh pegawai MSWP Kuala Lumpur.

Majlis ini dimulakan dengan sesi Ulasan dan Rumusan setiap pertandingan oleh Ketua Jawatankuasa Promosi Amalan 5S dan diselangi dengan tayangan gambar sepanjang aktiviti-aktiviti tersebut diadakan. Seterusnya, kemuncak Majlis ini ialah pengumuman pemenang dan juga penyampaian hadiah kepada pemenang oleh Y.A.A. Datuk Hj. Mohamad bin Hj. Abdullah. Senarai Pemenang adalah seperti berikut :



Kuiz Amalan 5S 2/2010:
Pertama : Puan Zurina binti Musa
Kedua : Puan Rosmariati binti Deraman
Ketiga : Cik Siti Rosmahizan binti Fahmi
Pertandingan Work Station 2/2010:
Pertama : Puan Zurina binti Musa
Kedua : Tuan Sabarudin bin Bidin
Ketiga : En. Mohd Yusof bin Ismail
Pertandingan Zon Terbaik 3/2010:
Zon Syahadah
Pertandingan Sistem Fail, Fail Zon dan Sudut 5S 2010:
Johan : Zon Syahadah
Naib Johan : Zon Prosiding

      

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Dalam masa yang sama juga, semua ahli zon dan zon yang lain perlu lebih berusaha memantapkan zon masing-masing dalam proses membudayakan Amalan 5S secara berterusan di MSWP. Jawatankuasa Promosi Amalan 5S MSWP Kuala Lumpur juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada para penaja iaitu Y.A.A. Datuk Hj. Mohamad bin Hj. Abdullah, Badan Kebajikan MSWP, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan Meeda Cafe atas tajaan yang diberikan sehingga membolehkan aktiviti-aktiviti Jawankuasa Promosi 5S diadakan dengan jayanya bagi tahun 2010.
Usaha ‘Sentiasa Amal’ oleh semua pihak dalam membudayakan Amalan 5S ini juga diharapkan dapat diteruskan pada tahun 2011 ini dan tahun-tahun akan datang.


Gotong-Royong Perdana (28/1/2011)
 
Oleh: Murni Rahimah bt. Ramli
Kuala Lumpur, 28 Januari 2011 - Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan satu Gotong- Royong Perdana bagi membersihkan kawasan sekitar bangunan MSWP. Gotong-royong tersebut adalah bertujuan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan serta penambahbaikan kawasan sekitar bangunan sebelum berlangsungnya proses pengauditan 5S oleh pihak MAMPU.
                
Aktiviti tersebut bermula sekitar jam 9.00 pagi, dimana ianya dimulakan dengan sesi taklimat oleh Ketua Program, iaitu Yang Arif Tuan Haji Walid bin Abu Hassan. Aktiviti gotong-royong tersebut telah dibahagikan mengikut beberapa kumpulan beserta dengan tempat pembersihan masing-masing. Semua warga MSWP telah melibatkan diri dalam aktiviti ini termasuklah pihak pengurusan atasan demi memastikan program yang dijalankan berlangsung dengan jayanya.
          
Jawatankuasa Pemandu 5S mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua warga MSWP Kuala Lumpur kerana telah menyumbangkan masa dan tenaga untuk sama-sama menjayakan program ini. Semoga kualiti jabatan ini akan sentiasa ditingkatkan secara berterusan.


Lawatan Amalan 5S Ke Majlis Bandaraya Petaling Jaya MBPJ (6/1/2011)
 
Oleh: Che Dewi Suhana bt. Che Zainal Abidin



Putrajaya, 6 Januari 2011 – Satu Siri Lawatan Amalan 5S anjuran Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya kali ke-1, 2011 telah diadakan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Lawatan ini telah diketuai oleh Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Y.A.A Datuk Haji Mohamad Bin Haji Abdullah dan diiringi oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Y.A Tuan Haji Abu Zaky Bin Mohammad beserta 20 orang Pegawai & Kakitangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
         
Sebelum tayangan Video Korporat di paparkan, rombongan Mahkamah telah dijamu dengan sarapan pagi pada jam 10.00 pagi. Selepas itu, satu taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmat Mohaayen Bin Haji Said, Timbalan Setiausaha MBPJ berkenaan Perlaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S Di Majlis Perbandaran Petaling Jaya di Bilik Gerakan Bunga Raya, Ibupejabat MBPJ. Ahli rombongan didedahkan dengan pelbagai perlaksanaan yang telah dilakukan oleh AJK 5S MBPJ dan juga cabaran-cabaran serta langkah-langkah penyelesaian dalam melaksanakan 5S.
                  
Setelah itu, sesi pertukaran cenderehati oleh pihak mahkamah dan pihak MBPJ dilangsungkan seterusnya rombongan Mahkamah di bawa untuk sesi lawatan ke jabatan-jabatan berkaitan di MBPJ.