5S MSWP Putrajaya


PENUBUHAN JAWATANKUASA AMALAN 5S PERINGKAT MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

LATAR BELAKANG

Penubuhan Jawatankuasa Amalan 5S ini adalah hasrat Y.A.A Datuk Hj. Mohamad bin Hj. Abdullah, Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan yang mahu melihat satu pendekatan yang lebih baik dalam urus tadbir di Jabatan ini. Jawatankuasa Pemandu juga yang lainnya termasuk Jawatankuasa Latihan, Promosi, Audit serta Fasilitator telah dilantik pada Oktober 2009.

PELANCARAN

Dalam melaksanakan Amalan 5S ini, berbagai usaha telah dibuat seperti memaklumkan tentang polisi, objektif dan slogan bagi menyedarkan ahli (pegawai/kakitangan) betapa pentingnya Amalan 5S kepada persekitaran tempat kerja yang kondusif, ceria dan selamat. Bagi merealisasikan kehendak ini,  maka Amalan 5S bagi peringkat Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) Putrajaya telah dilancarkan pada 8 Januari 2010 oleh Y.A.A Datuk Hj. Mohamad bin Hj. Abdullah, Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan sendiri.

PENUBUHAN JAWATANKUASA

Bagi peringkat pertama, Jawatankuasa Induk telah diterajui oleh Y.A Hj. Nasir bin Abdul Aziz yang dilantik pada 3 Oktober 2010 dengan dibantu oleh Tuan Ahmad Basyir bin Yaakub, Hakim Mahkamah Rendah, serta dua orang Penyelaras, Jawatankuasa Latihan, Audit, Promosi dan Fasilatator. Sepanjang tempoh 2009 hingga 2012 sebanyak dua kali berlaku pertukaran Pengerusi Jawatankuasa Induk yang sekarang disandang oleh Y.A Tuan Hj. Azzeman bin Hj. Omar.

Pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk yang diadakan pada 14 Oktober 2010, Jawatankuasa kecil peringkat zon telah dilantik. Nama zon yang dipersetujui adalah berdasarkan kepada nama bunga yang digambarkan sebagai keharmonian dan ceria. Nama bunga tersebut adalah Orkid, Matahari, Mawar dan Daisi.

LALUAN PENSIJILAN

Pada peringkat awal penubuhan Jawatankuasa Amalan 5S banyak terdapat kekeliruan dalam memahami kehendak 5S tersebut. Walaupun iannya telah lama dipraktikkan di sesetengah jabatan kerajaan namun ianya dianggap baru dalam jabatan ini. Maka banyak usaha dibuat bagi melancarkan program 5S ini. Jawatankuasa Induk sahaja telah mengadakan mesyuarat sebanyak 10 kali disepanjang tempoh 2009 hingga 2011. Selebihnya dibuat di peringkat zon yang mana kekerapannya ialah sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Disamping itu penerangan 5S juga dibuat melalui slot tazkirah selain khusus seperti taklimat dan latihan ke atas juruaudit dan fasilitator.

Lawatan ke jabatan-jabatan yang telah mempunyai sijil Amalan 5S juga dibuat dengan  kerjasama Jawatankuasa peringkat Mahkamah Syariah wilayah Persekutuan (MSWP) Kuala Lumpur seperti lawatan ke pejabat Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia (2/10/2009), Universiti Teknologi Malaysia (29/10/2009),Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)(15/10229), Kementerian Kewangan Malaysia (19/11/2009),Jabatan Pendaftaran Negara (12/3/2010),Majlis Bandaran Shah Alam (22/7/2010),Majlis Bandaraya Petaling Jaya (6/1/2011) dan Kementerian Sumber Asli (14/4/2011).

Selain itu promosi kesedaran 5S juga dilaksanakan dengan mempamerkan logo 5S di skrin komputer pengguna, mewujudkan sudut kitar semula bagi kesedaran sisih,sapu dan susun. pendekatan kempen penjimatan kertas juga dibuat yang mana dapat membentuk pemikiran yang kreatif bila mana bahan terpakai dapat digunakan semula dalam amalan 5S.

Gotong-royong peringkat zon juga dilaksanakan bagi menwujudkan suasana kerja yang kondusif serta ceria diikuti dengan gotong-royong perdana yang melibatkan semua peringkat zon bagi mendapatkan impak yang baik dalam melaksanakan amalan 5S ini.

KEBERKESANAN

Segala usaha dibuat bagi melaksanakan 5S ini. Bagi mengukur keberkesanannya, maka pihak audit dalam telah menjalankan audit bagi menentukan ianya benar-benar faham dan dilaksanakan. Sebanyak lima siri audit dijalankan bagi tempoh 2010 hingga 2011.

Setelah penambahbaikan dibuat pihak audit luar dijemput bagi menjalankan pra audit dan audit di MSWP Putrajaya. Antaranya Puan Mariani Binti Ghani, Pengarah Program Pendakwaan Institut  Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) pada 10 Oktober 2011, Tuan Hj. Abdul Rashid bin Omar  Dari Malaysia Productivity Coporation (MPC) pada 14 April 2010 dan Puan Aina bt Osman dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada 11 November 2011.

PENGIKTIRAFAN

Selepas pelancaran pada 8Januari 2010  persiapan dibuat bagi mendapat pengiktirafan ke atas usaha tersebut. Selepas audit oleh pihak MPC dibuat pada 14 April 2010 pihak MSWP Putrajaya dianugerahkan dengan Sijil Amalan 5S yang pertama yang tamat tempoh pada Mac 2011.

Bagi mendapatkan kesinambungan pengiktirafan tersebut sekali lagi pihak MSWP Putrajaya telah diaudit oleh pihak MAMPU pada 11 November 2011 dan dianugerahkan Sijil Amalan 5S yang tamat tempohnya pada November 2013.

Aktiviti 5S MSWP Putrajaya

ZON MATAHARI


 ZON MAWAR



ZON ORKID



ZON DAISY