Pemakaian Wallpaper Dan Screen Saver Amalan 5S Seragam Di Setiap Unit Komputer MSWP

Pemakaian wallpaper dan screen saver Amalan 5S di setiap unit komputer MSWP bagi membudayakan Amalan 5S yang berterusan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan khususnya.

Tarikh : 05 Oktober 2012.

Bengkel 'Hands On' 5S

oleh : Mohd Izzuwan Bin Mohd Razali



Kuala Lumpur, 20hb April 2012 - Satu Bengkel 'Hands On' 5S telah dianjurkan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Mariani Binti Ghani (Pengarah Program Pendakwaan ILKAP, Bangi, Selangor).

Bengkel ini dimulakan dengan Taklimat Amalan 5S disampaikan oleh Puan Mariani Binti Ghani sendiri. Dalam taklimat bekenaan beliau menyatakan bahawa perlu mengekalkan imej koporat, jangan Overdo dalam melaksanakan amalan 5S, memastikan tempat kerja bersih dan bersistematik. Antara lainnya beliau menyatakan "jangan jadi macam tadika, guna prinsip am".

Di akhir taklimat tersebut, Pn. Mariani dihadiahkan cenderahati yang disampaikan oleh YAA Datuk Haji Mohamad Bin Haji Abdullah diiringi oleh Y.A Hj. Abdul Walid Bin Hj. Abu Hassan.

Setelah selesai sesi talimat tersebut Pn. Mariani di bawa melawat ke beberapa lokasi di MSWPKL.

Lawatan 5S ke Mahkamah Syariah Tapah, Perak.

oleh : Syazana Syahida Bt. Muktar

Tapah, Perak, 22 Februari 2012 – Satu Siri Lawatan Amalan 5S Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan kali pertama bagi tahun 2012 telah diadakan di Mahkamah Syariah Tapah Perak. Lawatan ini telah diketuai oleh Ketua Hakim Syarie, YAA Datuk Haji Mohamad bin Haji Abdullah dan diiringi oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Ketua Pendaftar dan 40 orang pegawai Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada warga kerja di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Rombongan MSWP berkumpul di perkarangan lobi Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan bertolak pada jam 12.00 tengahari. Rombongan tiba di perkarangan Mahkamah Syariah Tapah, Perak lebih kurang jam 2.00 petang dan telah disambut baik oleh beberapa pegawai dari Mahkamah Syariah Tapah.

Majlis dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Puan Multazimah Binti Rafie berkenaan pelaksanaan, pengauditan dan penyelarasan 5s di Mahkamah Syariah Perak di mana taklimat tersebut adalah merangkumi kesemua Mahkamah daerah di negeri Perak. Pihak Mahkamah tersebut juga memaklumkan bahawa Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan juga menjadi contoh kepada amalan 5S di Mahkamah mereka. Taklimat tersebut diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati oleh pihak Mahkamah masing-masing.

Agenda terakhir adalah rombongan MSWP dibawa melawat ke perkarangan dan beberapa bahagian di ruang pejabat Mahkamah sehinggalah ke dewan bicara Mahkamah Syariah Tapah. Sepanjang lawatan tersebut, rombongan dapat melihat beberapa pelaksanaan yang dilakukan oleh kakitangan Mahkamah Syariah Tapah bagi menghasilkan amalan 5S yang menarik dan teratur. Amalan 5S yang diamalkan oleh Mahkamah tersebut adalah ringkas tetapi dapat menonjolkan kreativiti kakitangan mereka di mana ia dapat memberi idea dan inspirasi kepada warga kerja Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi meningkatkan kreativiti dan semangat amalan 5S di jabatan sendiri. Kemudian, rombongan MSWP dijamukan dengan hidangan minuman petang.

Harapan Mahkamah agar lawatan ini dapat memberikan inspirasi dan idea baru kepada warga kerja MSWP bagi menambahbaik amalan 5S lantas dapat membentuk sistem kerja yang lebih baik dan lebih teratur.

Rombongan MSWP bergerak pulang dari Mahkamah Syariah Tapah, Perak lebih kurang jam 4.45 petang.

Program Terjahan Bil 1/2010

Oleh : Puan Jamiah Binti Hussin

Jawatankuasa Latihan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S MSWP Kuala Lumpur telah mengadakan satu Program Terjahan bermula pada 27 Julai hingga 28 Julai 2011. Program ini bertujuan untuk menilai sejauh mana Amalan Persekitaran Berkualiti 5S diamalkan oleh warga kerja MSWP Kuala Lumpur. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendekatkan pihak Pengurusan MSWP Kuala Lumpur dan Pegawai Perancang Amalan Persekitaran Berkualiti 5S dengan warga kerja MSWP Kuala Lumpur yang merupakan golongan pelaksana Amalan Persekitaran Berkualiti 5S.

Program Terjahan ini dijalankan dalam tempoh seminggu kerana ia memberi peluang kepada penilai-penilai memilih waktu yang sesuai untuk ‘turun padang’ membuat penilaian. Ahli zon tidak dimaklumkan dengan kehadiran penilai dan nilaian dibuat secara mengejut. Penilaian dibuat mengikut Aras Bangunan MSWP Kuala Lumpur dan Zon 5S. Setiap aras/zon ditempatkan dengan seorang Penilai yang akan memberikan markah berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh JK Latihan 5S MSWP Kuala Lumpur.

Berikut adalah gambar-gambar setiap aras/zon Amalan Persekitaran Berkualiti 5S dan maklumat-maklumat berkenaan Penilai, markah dan ulasan Penilai:-

Nama Penilai : Y.A.A Datuk Hj. Mohamad Bin Hj. Abdullah

Zon : Hukum ( Basement )

Jumlah : 92/100

Ulasan Penilai : Tahniah






Nama Penilai : Y.A.A Datuk Hj. Mohamad Bin Hj. Abdullah

Zon : SULH ( Basement )

Jumlah : 88/100

Ulasan Penilai : Tahniah






Nama Penilai : Tn. Md Hasrul Faiz Bin Burhanuddin

Zon : Bayyinah ( Tingkat Bawah )

Jumlah : 74/100

Ulasan Penilai : Setiap staf mengamalkan 5S namun tempat umum tidak diambil perhatian.










Nama Penilai : Tn. Md Hasrul Faiz Bin Burhanuddin

Zon : Qarinah ( Tingkat Bawah )

Jumlah : 68/100

Ulasan Penilai : Terlalu bersepah dan perlukan gotong royong.






Nama Penilai : Pn.Nurul Wazeera Bt. Ahmad Dahalan

Zon : Syahadah & Yamin ( Tingkat Satu )

Jumlah : 69/100

Ulasan Penilai : Semangat 5S yang semakin berkurangan namun Pegawai-pegawai masih mempunyai kesedaran tentang kepentingan 5S. Kebanyakan maklumat dan aplikasi 5S adalah yang terdahulu dan tiada penambahbaikan besar yang dilakukan.






Nama Penilai : Pn. Zurina Binti Musa

Zon : Iqrar ( Tingkat Dua )

Jumlah : 75/100

Ulasan Penilai : Maklumat Carta Perbatuna di sudut 5S tidak dikemaskini masih bagi tahun 2010. Carta zon terlalu kecil dan agak tidak jelas. Terdapat kotak-kotak deraf perintah dan fail dalam tindakan yang tidak dilabelkan. Jadual pergerakan masih terdapat ahli lama yang telah berpindah.






Nama Penilai : Pn. Zurina Binti Musa

Zon : Prosiding ( Tingkat Dua )

Jumlah : 71/100

Ulasan Penilai : Maklumat carta perbatuan di sudut 5S tidak dikemaskini masih bagi tahun 2010. Tempat kerja ahli zon agak tidak teratur dengan fail yang banyak di atas dan sisi meja. Rak peralatan/dokumen agak tidak tersusun. Recycle Bin diwujudkan tetapi perlu disusun dengan kemas.






Nama Penilai : Tn. Abdul Ghani Bin Kiflie

Zon : Faraid & Mal ( Tingkat Tiga )

Jumlah : 67/100

Ulasan Penilai :Penghayatan terhadap konsep sentiasa amal perlu ditingkatkan.






Jawatankuasa Latihan 5S telah bersetuju untuk menjadikan program terjahan ini sebagai program tahunan Jawatankuasa Latihan 5S yang akan dimasukkan dalam carta perbatuan pada setiap tahun. Oleh yang demikian, SEMOGA JUMPA LAGI DALAM SLOT TERJAHAN 2012. Tungguuuuuuuuuu!!!!!! Kami akan terjah zon anda, bila-bila masa walau di mana jua!