Bengkel 'Hands On' 5S

oleh : Mohd Izzuwan Bin Mohd Razali



Kuala Lumpur, 20hb April 2012 - Satu Bengkel 'Hands On' 5S telah dianjurkan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Mariani Binti Ghani (Pengarah Program Pendakwaan ILKAP, Bangi, Selangor).

Bengkel ini dimulakan dengan Taklimat Amalan 5S disampaikan oleh Puan Mariani Binti Ghani sendiri. Dalam taklimat bekenaan beliau menyatakan bahawa perlu mengekalkan imej koporat, jangan Overdo dalam melaksanakan amalan 5S, memastikan tempat kerja bersih dan bersistematik. Antara lainnya beliau menyatakan "jangan jadi macam tadika, guna prinsip am".

Di akhir taklimat tersebut, Pn. Mariani dihadiahkan cenderahati yang disampaikan oleh YAA Datuk Haji Mohamad Bin Haji Abdullah diiringi oleh Y.A Hj. Abdul Walid Bin Hj. Abu Hassan.

Setelah selesai sesi talimat tersebut Pn. Mariani di bawa melawat ke beberapa lokasi di MSWPKL.

Lawatan 5S ke Mahkamah Syariah Tapah, Perak.

oleh : Syazana Syahida Bt. Muktar

Tapah, Perak, 22 Februari 2012 – Satu Siri Lawatan Amalan 5S Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan kali pertama bagi tahun 2012 telah diadakan di Mahkamah Syariah Tapah Perak. Lawatan ini telah diketuai oleh Ketua Hakim Syarie, YAA Datuk Haji Mohamad bin Haji Abdullah dan diiringi oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Ketua Pendaftar dan 40 orang pegawai Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada warga kerja di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Rombongan MSWP berkumpul di perkarangan lobi Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan bertolak pada jam 12.00 tengahari. Rombongan tiba di perkarangan Mahkamah Syariah Tapah, Perak lebih kurang jam 2.00 petang dan telah disambut baik oleh beberapa pegawai dari Mahkamah Syariah Tapah.

Majlis dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Puan Multazimah Binti Rafie berkenaan pelaksanaan, pengauditan dan penyelarasan 5s di Mahkamah Syariah Perak di mana taklimat tersebut adalah merangkumi kesemua Mahkamah daerah di negeri Perak. Pihak Mahkamah tersebut juga memaklumkan bahawa Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan juga menjadi contoh kepada amalan 5S di Mahkamah mereka. Taklimat tersebut diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati oleh pihak Mahkamah masing-masing.

Agenda terakhir adalah rombongan MSWP dibawa melawat ke perkarangan dan beberapa bahagian di ruang pejabat Mahkamah sehinggalah ke dewan bicara Mahkamah Syariah Tapah. Sepanjang lawatan tersebut, rombongan dapat melihat beberapa pelaksanaan yang dilakukan oleh kakitangan Mahkamah Syariah Tapah bagi menghasilkan amalan 5S yang menarik dan teratur. Amalan 5S yang diamalkan oleh Mahkamah tersebut adalah ringkas tetapi dapat menonjolkan kreativiti kakitangan mereka di mana ia dapat memberi idea dan inspirasi kepada warga kerja Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi meningkatkan kreativiti dan semangat amalan 5S di jabatan sendiri. Kemudian, rombongan MSWP dijamukan dengan hidangan minuman petang.

Harapan Mahkamah agar lawatan ini dapat memberikan inspirasi dan idea baru kepada warga kerja MSWP bagi menambahbaik amalan 5S lantas dapat membentuk sistem kerja yang lebih baik dan lebih teratur.

Rombongan MSWP bergerak pulang dari Mahkamah Syariah Tapah, Perak lebih kurang jam 4.45 petang.